Feb 16, 2010

Nota Kursus LDP Siri 1

Bagaimana meningkatkan keupayaan PC anda.
1. Disk Clean-up
 (Start, Control Panel, Performance & Maintenance, Free up space on your hardisk)
atau ( Start, All Program, Accessories, Systems Tool, Disk clean up)
2. Disk Defragment
Start, Control Panel, Performance & Maintenance, Rearrange your items on your hardisk to make programs run faster, Disk defragmenter)
atau ( Start, All Program, Accessories, Systems Tool, Disk defragmenter)

Anda diingatkan supaya membuang fail-fail yang tidak diperlukan atau disimpan ke dalam CD sahaja.Digalakan simpan fail anda di dalam drive D, atau di dalam my document sahaja. Jangan dicampuraduk dengan fail sistem seperti windows.
Elakkan menyimpan banyak fail ke dalam komputer.

Bagaimana anda membina folder
Tujuan : Sistem fail anda tersusun dan memudahkan carian fail
Sebagai contoh Anda mengajar subjek BAHASA MELAYU, SAINS dan SEJARAH
Anda perlu membuka 3 folder. Apa-apa fail berkaitan subjek tersebut boleh dimasukan dalam folder-folder tersebut.
Untuk membina folder pada desktop
1. Klik mouse kanan
2. New
3. Folder
4. Taipkan subjek
Untuk delete
1. Klik mouse kanan
2. Delete
3. Yes

Bagaimana  'burn CD'
Oleh kerana kecanggihan teknologi, biasanya komputer anda boleh 'burn CD'. {Mungkin ada yang tidak tahu!}
Kalau dahulu anda perlu perisian seperti neuro express, {tidak pasti ejaan} dan sebagainya.
Langkah-langkah :
1. Pilih fail atau folder yang dikehendaki
2. Klik mouse kanan
3. Copy
4. Masukan CD anda
5. Edit {pulldown menu, pada desktop}
6. Paste
7. File {pulldown menu, pada desktop}
8. Write disk file to CD
9. Taipkan nama CD { contoh : ZAHRAH }
10. Next
11. Finish

Perhatian : Anda boleh menyimpan banyak fail ke dalam CD sehingga 700 MB walaupun ia bersifat read only. Read only bermaksud anda boleh baca dan tidak boleh diedit atau save ke dalam CD sebagaimana disket atan pen drive. Sekiranya anda mahu perubahan pada fail anda, anda perlu save pada komputer anda terlebih dahulu, buat perubahan atau edit dan tukar nama fail baru. Kemudian baru burn CD.
Sekiranya anda tidak faham boleh e-mail masalah anda ke : fizhaa@yahoo.com

 Selamat mencuba!
Nota movie maker akan saya siapkan bila ada kelapangan masa. Harap maaf

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Total Pageviews




day51

More Good Day Comments at Jhocy.com

petua hadapi spm

Niat untuk mendapat ketenangan hati dan kebijaksanaan, niat untuk mudah ingat dan mudah hafal dan pelbagai niat yang lain. Ada ustaz menyarankan sebelum memulakan majlis, elok diperbetulkan niat. Cara memperbetulkan niat dengan beristifar sebanyak 3 kali, disusuli dengan niat dan kemudian membaca lahuawalakuwatabillahillah hingga selesai sebanyak 3 kali juga. Selain niat sebelum membaca surah Yasin, elok juga jika kita bacakan ayat Ya dan Sin itu sebanyak 7 kali dan disertakan dengan niat atau hajat yang kita pohonkan kepada Allah s.w.t. Kemudian apabila kita sampai ke ayat ke-58, "salamun qaulam-mirrabir-rahim", ulang 7 kali dan sekali lagi niatkan apa hajat kita kepada Allah s.w.t. seikhlasnya. SubhanaALLAH. tuhan sahaja yang mengetahui apa hikmahnya atau ilmu nya di situ.habis bacaan Yasin, kami beramai-ramai melaksanakan solat sunat Duha dan sunat Hajat. Marilah kita sama-sama sebenarnya mengambil ikhtibar dan pengalaman daripada aktiviti ringkas ini mudahan-mudahan ia mendapat rahmat dari Allah s.w.t. dan anak-anak mendapat kejayaan. InsyaALLAH. Kerana.....kita merancang dan Allah s.w.t. juga merancang,......perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.....bertawakallah kita.

Followers

About Me

I like share information about ict & learning process

Kuih Idaman

Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti untuk menggoreng pisang)
Sambal kicap

Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....