Ingin ku kongsikan pengalaman pertamaku yang lucu dan ada kalanya menjadi cabaran besar buat pendidik masa ini. Dah lama aku tidak mengajar subjek mm {lebih 7 thn}, biasanya subjek mt, maklumlah kelas depan; ada jugalah yang malas dan tak berapa reti, tapi tak sama keadaannya. Nak dijadikan cerita. aku biarkan anak2 didikku menjerit dan meluahkan perasaan mereka pada hari pertama ku jejakkan kakiku kelas {5....} Tapi dah 2 minggu ini mereka begitu senyap dan agak sepi, ada seorang dua yang masih menjerit dan bercakap2, entah apa yang dicakapkan, aku buat tak tau aje..bunyinya lebih kurang.. Asyik belajar aje..bosan. Cikgu ingat kita nie apa!! Banyak???Tapi ku lihat beberapa pelajar sudah mula sedar bagaimana nak belajar.. Akan ku usahakan supaya mereka minat nak belajar dan datang sekolah. Yang tetap datang adalah dalam 15 orang, yang lain tu kejap ada, kejap tak de..pasal kerja mereka uHH, ada tulisan dan perkataan yang ditulis tak boleh dibaca {macam tak pernah tulis ABC di sek ren}. Yang kemas pun ada, tapi tak sampai 5 orang. Ohh cabaran, Ya ALLAH , berilah kekuatan dan dorongan kepada hambaMu dalam menghadapi cabaran dan dugaan ini. Pasal alat tulis, lagilah t....k. Ku sediakan first aid [ mengandungi alatan tulis], bukan apa semua peralatan tulis setiap pelajar tidak ada yang lengkap, pen, pensil , pembaris, pemadam ; semuanya pinjam. Ku namakan 5P - asas untuk belajar yang mesti ada. Kalau pasal kalkulator, dah 2 minggu hanya 2 orang je yang ada, maksudnya 22 minggu belajar baru ada semuanya, uhh siksanya, itu pun kalau 1 minggu semua pelajar buat perubahan. Kalau dibiarkan mungkin hampir SPM pun masalah ini akan berlarutan. Kalau ada sesiapa nak derma kalkulator boleh maklumkan, boleh digunakan demi kebaikan pelajar-pelajar ini yang tidak mahu menyediakan diri untuk belajar. Bagiku kesedaran diri dan ibubapa saling berkait rapat dan sangat perlu. Kami para guru hanya dapat memberi ilmu dan membantu apa yang sepatutnya.
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."
"Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak."
"Apabila sempuran akal, kurang perkataan." – Saidina Ali Abi Talib
No comments:
Post a Comment