Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan. Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya. Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia. Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian: Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur. Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur". Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi: Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu. |
Ya Allah ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami dan berilah kepada kami ilham untuk tetap mensyukuri segala nikmatMu
Aug 27, 2010
Bulan Ramadhan penuh keberkatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kenapalah tahun baru disambut sangat meriah berbanding sambutan MAAL HIJRAH?? Hingga kini masih tertanya-tanya dalam diri {muhassabah diri}d...
-
Pelajar STMI yang berjaya SPM 2010: 368,559 dapat sijil, 9,239 peroleh gred cemerlang 2011/03/23 PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruha...
-
Kepada semua pelajar terlibat, semoga usaha anda dapat memberi keyakinan untuk menghadapi PMR 2011. Selamat berjuang!
-
Mexican Bun 100 g butter 50 gula halus 1 biji telur 100g tepung Cara Pukul butter,gula, telur hingga kembang Masukan tepung Pukul /g...
-
Mawaddah-Sumayyah
-
Entah apalah nasib ari nie;bila nabila nak belajar ada je problem.Tak taulah line ke atau orangnya yang problem. Tapi yang penting dapat jug...
-
Dah lama entry dalam blog nie tak update. Inilah gambar anak-anak didiku 5Best yang nak amik peksa tahun nie. Moga anda telah mulakan usaha ...
-
( takziah buat ahli keluarga, moga Allah menempatkan mereka di Syurga bersama-sama orang-orang beriman, amin) Tanah runtuh: 16 terbunuh, 9...
-
Doh Roti/Pizza Air 300ml Gula 3 sudu besar Telur 1 biji Butter 50g/ 2 sudu besar Tepung roti 600g Potato flakes/empinhg kentang 3 sudu...
Total Pageviews
Renungan
petua hadapi spm
Niat untuk mendapat ketenangan hati dan kebijaksanaan, niat untuk mudah ingat dan mudah hafal dan pelbagai niat yang lain. Ada ustaz menyarankan sebelum memulakan majlis, elok diperbetulkan niat. Cara memperbetulkan niat dengan beristifar sebanyak 3 kali, disusuli dengan niat dan kemudian membaca lahuawalakuwatabillahillah hingga selesai sebanyak 3 kali juga. Selain niat sebelum membaca surah Yasin, elok juga jika kita bacakan ayat Ya dan Sin itu sebanyak 7 kali dan disertakan dengan niat atau hajat yang kita pohonkan kepada Allah s.w.t. Kemudian apabila kita sampai ke ayat ke-58, "salamun qaulam-mirrabir-rahim", ulang 7 kali dan sekali lagi niatkan apa hajat kita kepada Allah s.w.t. seikhlasnya. SubhanaALLAH. tuhan sahaja yang mengetahui apa hikmahnya atau ilmu nya di situ.habis bacaan Yasin, kami beramai-ramai melaksanakan solat sunat Duha dan sunat Hajat. Marilah kita sama-sama sebenarnya mengambil ikhtibar dan pengalaman daripada aktiviti ringkas ini mudahan-mudahan ia mendapat rahmat dari Allah s.w.t. dan anak-anak mendapat kejayaan. InsyaALLAH. Kerana.....kita merancang dan Allah s.w.t. juga merancang,......perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.....bertawakallah kita.
Followers
About Me
- Siapa saya?
- I like share information about ict & learning process
Kuih Idaman
Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti untuk menggoreng pisang)
Sambal kicap
Cara membuatnya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti untuk menggoreng pisang)
Sambal kicap
Cara membuatnya :-)
- Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
- Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....
No comments:
Post a Comment