Jan 26, 2011

Tart Nenas



BAHAN-BAHANNYA 
230 gram mentega berkualiti tinggi ( guna Golden Churn)
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya,
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  2. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.
  4. Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Total Pageviews




day51

More Good Day Comments at Jhocy.com

petua hadapi spm

Niat untuk mendapat ketenangan hati dan kebijaksanaan, niat untuk mudah ingat dan mudah hafal dan pelbagai niat yang lain. Ada ustaz menyarankan sebelum memulakan majlis, elok diperbetulkan niat. Cara memperbetulkan niat dengan beristifar sebanyak 3 kali, disusuli dengan niat dan kemudian membaca lahuawalakuwatabillahillah hingga selesai sebanyak 3 kali juga. Selain niat sebelum membaca surah Yasin, elok juga jika kita bacakan ayat Ya dan Sin itu sebanyak 7 kali dan disertakan dengan niat atau hajat yang kita pohonkan kepada Allah s.w.t. Kemudian apabila kita sampai ke ayat ke-58, "salamun qaulam-mirrabir-rahim", ulang 7 kali dan sekali lagi niatkan apa hajat kita kepada Allah s.w.t. seikhlasnya. SubhanaALLAH. tuhan sahaja yang mengetahui apa hikmahnya atau ilmu nya di situ.habis bacaan Yasin, kami beramai-ramai melaksanakan solat sunat Duha dan sunat Hajat. Marilah kita sama-sama sebenarnya mengambil ikhtibar dan pengalaman daripada aktiviti ringkas ini mudahan-mudahan ia mendapat rahmat dari Allah s.w.t. dan anak-anak mendapat kejayaan. InsyaALLAH. Kerana.....kita merancang dan Allah s.w.t. juga merancang,......perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.....bertawakallah kita.

Followers

About Me

I like share information about ict & learning process

Kuih Idaman

Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti untuk menggoreng pisang)
Sambal kicap

Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....